Thursday 17 January 2013

MALAM JUMAAT??? TOWEL RACK



Assalammualaikum!!! salam 1 malaysia....hari ini CM ingin memberitahu tentang 1 lagi produk kesihatan yang luar biasa iaitu beauty Umairah...boleh tiba-tiba jadi jurucakap produk tu...haha...kau mampu???hahaha....jangan lupa tengok rancangan tajaan beauty umairah setiap hari jumaat dalam wanita hari ini..haha..ala-ala macam makcik-makcik pula CM ni..haha.. 

Ok lah

LISTEN...

LISTEN....

LISTEN...

Ha??? listen??? CM bukan suruh baca ker??? bila pula CM cakap??? mana suara CM...haha

Ooooo...sorry..haha...ni duk teringat kes dekat youtube tu la listen...listen..listen tak habis-habis...eeerrrmmm...ok la CM nak citer la tentang topik CM tu MALAM JUMAAT..wwwaaahh!!! besar font CM..boleh macam tu..hehe.. please serius la CM...ok balik pada topik CM nak bagitahu topik tu tak ada kena mengena dengan kisah 18sx citer ni semua boleh baca ok..

Kisahnya bermula begini lepas sahaja solat Maghrib CM pun teringat nak p GIANT nak p beli towel rack untuk nenek CM kesian dekat dia asyik duk jemur towel dia dekat hujung katil jer so CM pun p la GIANT..gigih la sorang-sorang diri p beli demi nenek tercinta..hehe...sampai dekat giant beli la 1towel rack RM30.00 dah ambik barang tu CM pun p la bayar dekat kaunter dah sudah bayar CM elok je langkah dalam SEPULUH LANGKAH..........1 kejadian berlaku.....

JENG!!!! JENG!!! JENG!!! 

CER TEKE..teke la.... ala teke la malas la macam...hehe..ok...ok 

LISTEN......ppppppeeeerrrraaaannnnnggg!!!!tttteeeennngggggggg!!! 1 hall giant tengok CM...ooooOOOhhh!!! tidak...kotak towel rack terbuka jatuh semua besi-besi towel rack CM....habis semua terkejut bila dengar besi-besi tu jatuh dekat atas lantai giant tu...haha...bayangkan bergemarlah seluruh alam giant tu....hahaha..depa ingat pencuri rompak kedai emas kot..haha....glomur CM malam ni gara-gara TOWEL RACK...haha.. yang malunya kakak yang jual astro tu senyum dekat CM..haha..nasib baik CM tak buat macam iklan Fair&lovely tu..haha...

Cepat-cepat CM lari masuk dalam gurdian nak cover malu..hehe....dekat 3minit juga duk dalam tu..huhu.. sampai nak p beli kfc pun lupa..haha...dah masuk dalam kereta baru teringat perut lapar  so terpaksa la buat 1 pusingan masuk melalui pintu belakang giant sebab kfc tu dekat parking lot pintu belakang giant...



Dalam kfc CM pun beratur sampai dekat giliran CM adik yang ambik pesanan tu ala-ala malu-malu gitu...haha..kejap encik kejap panggil abang kejap panggil sir...haha..i very-very confius...haha...adik kfc"selamat datang abang nak makan sini atau bawa balik??? CM "bawa balik 2 toasted twister a lacarte"....adik kfc"semua rm13.55 encik"  CM"ni ye adik"     adik kfc "thank you sir"....


Wednesday 16 January 2013

Tengok kartun boboy & upin ipin

WWwwwwwuuuuuuaaaaaaaaa!!! petang ini si baby hazim menangis  sebab nak ajak maktok dia keluar berjalan...huhuhu... dia tau kalau petang jer dia nak keluar berjalan-jalan sebab tiap-tiap petang mama dia akan p ambik dia dekat rumah orang mengasuh so dia memang akan berjalan roda-roda dekat pekan alor setar tu tapi minggu ini dia kena duk dengan maktok dia sebab ada temujanji dengan doktor untuk bawa  dia jumpa doktor untuk cucuk 6bulan... 

Balik pada cerita mula-mula tadi hazim punya la menangis sebab nak ajak maktok dia keluar maktok dia pula belum solat asar lagi so CM ambik alih jaga dia kejap dalam CM duk fikir nak bagi dia berhenti menangis tiba-tiba dia terdiam sendiri sebab nampak laptop..haha...terus dia menlonjak-lonjak sambil mulut dia duk cakap sorang-sorang..haha...CM pun buka la youtube bagi dia tengok kartun boboy dengan upin ipin...memang dia duk diam la tengok citer kartun tu sambil dia  cakap sorang-sorang...hehe...bahasa apa pun tak tau la dia cakap...

Maklum la dia sorang je anak saudara yang ada so layan jer la..hehe...nak buat kerja semua terhenti kalau dia nak tengok kartun..huhuhu.... 
Sabar je lah..hehehe....ini ada beberapa picture Hazim tengah senang hati time tengok kartun petang tadi..




Monday 14 January 2013

Gaya terbaru 2013

Hellu!!!hellu!!! sihat ka??? kalau yang tak sihat tu cepat-cepat la p jumpa doktot no takut-takut melarat pula sakit tu bahaya...Macam mana dengan misi dan visi hampa taun lepas berjaya ka terlaksana??? kalau yang tak berjaya tu jangan putus asa la taun ni cuba try lagi no insyaALLAH mungkin berjaya dan terlaksana...hehe... 

CM nak cita sikit tentang misi CM nak buat wajah CM lain sikit taun 2013 idea ini tercetus lepas CM balik dari mengerjakan ummrah tapi CM tak berani nak buat sebab time tu tak ada keyakinan diri...eeeerrrmm...entah la macam mana entah berani pula nak menonjolkan diri di depan khalayak dengan imej yang lain ini..hehe...hampa jangan fikir yang CM p buat cucuk sana cucuk sikit...hhhhaaa!!! tak mau tak mau macam tu berdosa tau...hehe... ok la CM bagitahu yang CM cuba untuk menyimpan janggut...Impian untuk memiliki janggut ini dah lama sejak taun 2008 lagi tapi time tu macam hangat-hangat tahi ayam..hahaha...so taun ini CM rasa nak cuba try tengok kalau CM ada janggut huduh ka ansem ka CM tak kisah sebab CM akan tau sendiri....eeeerrrrmmm....start selepas hari raya aidiladha CM mula menyimpan janggut first nite masa nak tidoq tu rasa remas la juga bila kena kain duk nak tersangut ja rasa nak cukuq ja..haha..kadang duk terkena tangan time tidoq tajam sakit kot..haha...CM jaga sambil bulan 12..eeerrrrmmm..first dapat pujian dari kawan CM "wwwwaaah!! nampak lebih matang".... pastu Mak CM tanya " awat simpan janggut pula? " jawapan CM dekat Mak CM "nak ikut sunnah nabi sebab hidup ini tak pernah pun ikut apa yang nabi tinggalkan"..... 

Minggu depannya pula p la beli barang dekat mini market time nak p ke tempat parking....JENG!!JENG!!!JENG!!! *bagi gimik sikit* "HAI AWAK!!!" (GIRL SAY HAI???) hahahaha.... dalam hati CM "SAPA KAU???" "AKU KENAL KA KAU???" dekat minda CM semua ada benda ni ?????????....... 

CM pun seminggu lepas tu CM p tesco nak beli susu baby untuk anak saudara CM tu sampai je dekat kaunter nak bayar duit tu kakak dekat kaunter tu pula gorat...huhuhu.....aduhai dunia dah terbalik...perempuan gorat laki..haha...

Memang betullah lelaki yang ada janggut ini ramai perempuan yang minat..hehe... CM rasa lepas CM simpan janggut ini keyakinan diri CM lebih baik dan positif...hehe..

Sebenarnya simpan janggut ini bukan sahaja ikut sunnah tapi dia juga boleh mengelakkan muka dari berminyak ia mengawal kadar kandungan minyak diwajah...janggut juga dapat mengawal seseorang itu dari terkena kanser... janggut memberikan wajah supaya tidak kusam...orang yang miliki janggut ini akan kelihatan seperti orang bijak dan cerdik... Cer tengok gambaq-gambaq ini....





** Sorry ayat CM tunggang langgang sebab tak tau nak cita macam mana terlalu teruja nak cita..hehe**

Sunday 13 January 2013

macam-macam ragam

Hellu!!! hari ini CM nak cerita tentang anak saudara CM ini baru 6bulan tapi perangai cerdik... bagi apa sahaja barang dia pegang semua dia nak bawa masuk mulut...hhuhuhu... Kalau CM panggil nama dia terus dia pusing tengok....Bayi hazim ini dia suka tengok spangebob dan upin ipin dengan wonderpet...penat juga la mama dia download citer cartoon tu...huhuhu...dari start rancangan sampai habis rancangan cartoon kepala dengan mata dia tak akan pusing ke mana-mana kalau habis ja cartoon tu mula menagis..huhuhu..baru 6 bulan dah pandai...

Ini bab dia buang air besar atau kecik...kalau pampers dia dah penuh walaupun sikit...dia akan menangis dan kedua kaki dia akan diangkat tinggi-tinggi dan akan digoyang-goyang keatas dan tangan kanan dia akan mengarut buntut...haha...sungguh lucu bila lihat telatah dia...haha..

Perangai yang melucukan bila orang yang berada di sekeliling dia buat tak tahu contoh macam MAK CM buat-buat tengok tv dia akan mula buat-buat batuk supaya mak CM nanti akan buat hhheeemmm dekat dia pastu mesti dia akan ketawa ...haha...

Ini pula bab makan dan minum kalau time dia nak minum susu memang cukup senang tapi kita cakap ja bismillahhirahmannirahim terus dia buka mulut...kalau time makan ubat atau bubur nasi dia akan buat mulut macam orang sedang kunyah makanan...haha..kalau dah bagi tak cukup juga dia akan menangis...


Ini pula bab kalau bawa dia naik kereta p jalan-jalan ini perkara yang paling dia suka sekali kalau naik kereta dia mesti nak duduk tak nak baring kalau paksa dia baring mesti menangis...dalam perjalanan tu mesti dia akan tegur semua yang dia nampakdengan bahasa dia tersendiri"akkkkkuuuuuuu.....hhhhhhuuuuuuu"tak faham pun apa di cakap..hehe...

Kadang-kadang rindu juga kalau bayi hazim tak ada dekat rumah sebab dia sekarang ini dah mula tinggal dengan mama & babah dia dekat alor setar tu so agak jauh juga nak jumpa..hehehe...tapi minggu ini mama dia hantar balik kampung seminggu so hilang juga la rindu tu..hehe... ini picture dia duk syok tidur..hehe...picture dengan makcik dan pakcik dia..hehe..


Saturday 12 January 2013

Kerja..oohhh!!! kerja...kerja sambilan atau sepenuh masa..

Hai semua blogger-blogger yang disayangi dan dikasihi..hehe...hari ini CM nak cerita tentang satu isu yang tak kurang menariknya iaitu tentang isu masalah mencari pekerjaan dalam kalangan lepasan universiti yang suka memilih kerja..hehe... Tengahari tadi CM sempat la menonton drama yang bertajuk "GINCU AYAH" dalam cerita tu mengisahkan seorang kakak yang tak kisah bekerja sebagai penjual ikan dan sayur demi mencari duit yang halal tapi yang jadi masalahnya dalam cerita tu si adik pula malas nak bekerja al maklum la baru keluar dari universiti yang menganggap kerja jual ikan tu jijik....hhhhaaaa!!! kerja yang tak jijik bagi dia mungkin makan dan tidur dekat rumah kot..haha...baiklah CM berpendapat memang susah pada masa sekarang ini untuk mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan yang kita miliki tu mungkin dalam 10 orang mungkin 1 sahaja yang bertuah mendapat pekerjaan dengan setaraf kelulusan yang mereka ada tu bagi yang masih menganggur macam mana pula??? Adakah akan menanam anggur di rumah dengan bertemankan harapan supaya anda mendapat jawatan yang dipohonkan itu??? atau andakan meneruskan pelajaran diperingkat yang lebih tinggi??? keluar dari masalah pengganguran dengan memulakan langkah yang baru???adakah anda akan membuka perniagaan sendiri secara kecil - kecilan??? 

Biarkan semua teka-teki tu terjawab sendiri kerana kita mampu mengubahnya...ramai kawan-kawan CM yang mempunyai kelayakan yang tinggi kebanyakkan mereka sekarang masih bekerja sambilan di restoran-restoran mewah bagi menunggu surat tawaran kerja yang bilakah akan kunjung tiba... entah la sebab ramai sekarang ini yang pandai-pandai kebanyakkan semua yang ada sijil dari universiti...cuba kira berapa banyak universiti dekat malaysia ini tu ipta ja tak termasuk ipts..hhhhaaa...tau pun penat nak kira cuba anda kira pula berapa banyak orang yang dah tamat belajar dalam 1 tahun mesti ribu kalau campur semua ipta dengan ipts tu...habis tu jawatan yang yang ditawarkan tu 2 atau 3 jawatan kosong sahaja tu pun untuk mereka yang betul-betul layak sahaja dan tak termasuk yang ada orang dalam..hehe....jadi hampa duk tunggu apa lagi mulakan langkah buat benda yang memberikan faedah untuk masa depan anda semua...

Bagi pendapat CM walaupun kita mempunyai segulung diploma atau ijazah kita tidak seharusnya bangga kerana belum tentu lagi segulung diploma atau ijazah  tu mampu menjaminkan pekerjaan yang hebat dimasa akan datang dan jangan sesekali merendahkan seseorang yang hanya ada kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia tapi mampu mengubah kehidupannya menjadi seorang yang terkaya dan ternama... Ini kerana mereka ini mampu berdekari dan bersusah payah dari bawah sehingga menunjuk kerjayaan yang cemerlang...

Berniaga adalah perkara yang memeningkan kepala tapi ia adalah satu cara untuk berjaya...jika kita tidak mampu untuk membuka perniagaan sendiri apa kata kita pergi mencari pengalaman dahulu sebagai contoh jika minat menjual pakaian bayi apa kata anda minta la kerja sementara di kiosk-kiosk bayi di pasaraya untuk mendapatkan pengalaman serta tahu sedikit selok-belok ragam pelanggan dari situ kita mula belajar untuk berniaga.. 

Jika tidak mampu untuk berniaga cuba la buat pekerjaan sambilan mungkin pendapatannya lebih lumayan dari makan gaji kerja sepenuh masa sebagai contoh jadi agen jual insurans, penulis buku,penulis blog, pembantu rumah, jurujual dan banyak lagi pekerjaan sambilan dekat malaysia ini yang memerlukan hikmat dan tenaga anda... ingat no YANG BULAT TAK DATANG BERGOLEK YANG NIPIS TAK DATANG MELAYANG NA...
** ini adalah pendapat CM tak ada kena mengena dengan siapa pun...sebarang copypaste tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran CM**

Saturday 10 November 2012

HHAAAA!!!DEMAM???OOOooopppsss!!!

Anak : Mak cek demam....:(

Mak  : Hhhhaaaa!!!Kesiannyer demam dah makan ubat belum??? mai dekat mak
sayang...aaalllooo...siannyer...aik????? xpanas pun ko tipu mak ye????

Anak  :hehehe...cek demam crepe durian mak :).....

Mak  :  Hhhaaaa??? ape kebendanye tu anak oi??? durian mak tau la crepe tu ape binatang tu nak oi???mak   nak sebut pun susah ni ape cerrrpppee...capar??? eh susah la...durian mak tahu la...

Anak : mak crepe durian tu dia macam lemping tu mak dia ade macam-macam kaler pink,kuning,hijau dan macam-macam rasa....ade rasa durian,pisang,mangga,nangka,cempedak and 1malaysia 1 rasa...hehe..

Mak : haru biru la mak dengar citer hang ni...pening kepala mak ni....aduhhhhaaaiii!!! anak aku ni macam-macam fesen...

Anak : ala mak awat duk keluaq semua lorat utara ni??? ok mak dont pening-pening kepala...sat no mak cek p buka laptop sat nak tunjuk apa ke benda crepe tu..sat mak...tunggu tau

Mak :  Eeerrrmm!!! ya la :s
           ( aku dulu buat lemping ja buh yoq kukuq tengah-tengah dia tak payah duk buh gambar dalam internet pun ni baru buat binatang tu dah glomur...eeerrrmmm...sah binatang ni tak sedap la tu )

Anak : mak ni la crepe tu..cantik tak mak???

Mak : tu dia anak oi mak ingatkan macam lemping ja tu dia macam-macam cala no...ni kalau pak hang tengok mesti terliuq ni...mak rasa mak dah nak demam la cek oi....hang ada resipi dia dak???

Anak : mak cek mana ada resipi crepe ni....eeeerrrmmm!!! sat cek cari no..

Mak : ha!!! hang cari sampai jumpa no..baguih la macam ni la mak sayang...esok mak nak buat nak p perkunun dekat orang taman ni yang mak ada resipi lagi hebat....masa tu depa mesti nak resipi mak boleh la buat bisnes jual apa nama crapoly ish bukan aduhai crepap...iiisssshhh susah la..apa-apa ja la...hang dah jumpa belum???

Anak : ha ni mak  dah jumpa blog paupandan blogger ni bagi resipi baguih punya..esok mak boleh try no

Mak : alhamdulillah dah jumpa...yyyeesss...jom p try buat...jom kas p dapur...jom..

Anak : p dulu sat cek nak main game sat

Mak : u dont follow me ok after i finish masak mak panggil hang no...

Anak : amboih mak speaking...ya la mak...

( 2jam 45 minit  kemudian )

Mak : YYYYeeessss!!! crepe mak jadi dah...anak cepat mai tengok macam sabun lux la mak suka....

Anak : mak cantiknya..nak mak

Mak : hang ambik 1 ja na yang lebih simpan mak nak buat tunjuk dekat jiran-jiran esok

Anak : ye la mak...

( esok pagi )

Mak : cantiknya crepe aku ada color pink hijau kuning wwwaaahhh!!1meriah hidup hari ni tengok color-color ni..hehe..nak rasa 1 la...bismillahhirahmannirahim...iiissshhh ayat rasa keras ni...rasa semacam ni...semalam anak aku makan ok ja??? ( sambil garu kepala )

Bapak : semalam abg balik kerja abang buka peti ais tengok cantik je kuih yang awak buat tu abang pun sambil layan bola semalam abang makan sampai tak sedar dah abis...

Mak : PASTU (muka dah mula merah)

Bapak : eeerrrmm..abang tak tau macam mana abang letak la sabun mandi lux tu dekat dalam paper cup tu cantik juga mesti awak tak perasan sebab abang tak nak awak marah..hehe..jangan marah ye sayang :)Abang beli lux tu sebab nak awak cantik macam duta lux tu...hehe..

PAAANNNGGG!!!!!! tangan melayang kepipi suami...hehe

( NI ADALAH REKAAN JER..HEHE)



Tu depa la ni dah mula demam crepe durian ka??? Che Min pun sama juga...hehe...ooopppsss!!!lupa assalammualaikum!! salam crepe buat semua blogger..hehe... Sejak akhir-akhir ni dekat mukabuku dekat twitter orang duk sibuk update " hari ini i makan crepe 10biji tau sedap" apa kebenda la crepe ni Che Min duk fikir ingat nasi impit yang diberi nafas baru sebab berwarna maklum la masa tu raya haji Che Min pun macam nak tahu la pekebendanya jadi Che Min tanya dekat tuan yang update gambar tu "PUAN NI APE PUAN???" puan la sebab beliau bekas pensyarah Che Min jadi puan pun komen dekat mukabuku status beliau " NI CREPE DURIAN I BELI DEKAT MIDVALLEY TADI " jadi benda tu makanan dan bukannya nasi impit jadi Che Min nak tahu rasa dia macam mana dengan pantasnya Che Min klik dan mencari resipi dan salin serta Che Min menggunakan ayat keramat Che Min yang ANASYG paling benci iaitu "START KETA " go to BILLION MALL sebab nak beli 2,3 barang je malas nak p tesco so Che Min dah sudah beli semua bahan-bahan untuk buat tu Che Min pulang dan terus ke dapur Che Min dan bermulalah lakonan ketuk-ketuk periuk kuali bersama Che Min dengan resipi pada hari ini my crepe durian..hehe...memang senang so easy buat dia...dah siap rasa dia sedap gua cakap sama lu..haha...dah terliuq ka???hehe....ni kalau anasyg rasa mau dia tak boleh tidoq malam ni..hehe...memang Che Min nak cakap yang benda ni sedap..hampa kena try tau..rugi kami cakap kalau hampa tak try..hehe..nak resipi??? hhhhaaa...Che Min tau hampa nak try juga :P...haha...nah ambik ni resipi dia. bak kata pensyarah Che Min Puan Aina pengeras dia cuma hampa bagi 10biji crepe ja untuk Che Min ok..hehe...salin la no nak copy ka nak teh o ka ambik la janji hampa happy...ok :)

CREPE DURIAN 



BAHAN BAHAN

250 gm tepun gandum
1 sudu kecil tepung ubi
2 biji telur
500 ml santan 
1/ 2 sudu kecil garam
1 sudu kecil paste pandan ( untuk warna & ikut warna hampa suka la )
1 sudu besar  butter di cairkan 
2 sudu besar gula halus @ castor

CARA CARA
Satukan kesemua bahan dan kacau hingga adunan sebati ~ masukkan santan sedikit sedikit untuk mengelakkan ianya berketul. Untuk adunan lebih halus masukkan ke dalam blender dan tapis ke dalam bekas. Tak tapis pun takpa.
Panaskan kuali tidak lekat (non stick pan). Sapu sedikit minyak untuk kali pertama ja no. Masukkan sesenduk dan ratakan menggunakan belakang senduk lenggangkan kuali.Masak hingga lempeng masak dan tidak perlu di terbalikkan.
Ulang hingga adunan habis di masak.

FILLING
2OO gm non dairy whipping creme ~ putar hingga kental
Isi durian  secukupnye
Cara menggulung @ melipat seperti di atas.

FILLING CUSTARD
200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halus
Kacau atas double boiler hingga pekat.

250 gm whipping non dairy ~ putar kental* Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik.

** boleh juga durian di gantikan dengan mangga,jagung krim dalam tin,pisang,nangka,cempedak dan lain-lain maka tukar lerr namanya ok crepe nangka and crepe whatever la..hehe..selepas siap dibalut crepe perlu diletakkan didalam peti sejuk dahulu dalam masa 45minit baru sedap dimakan sewaktu sejuk...selamat mencuba:)


Thursday 1 November 2012

OOOPPPssss!!! CM dah muncul kembali

Hellu...hellu..hhhheeeellluuuu!!! assalammualaikum!!! lamanya CM tak update blog ni al maklum la CM ni sentiasa sibuk ke sana ke sini..hahaha..busy ke??? hahaha.... busy sangat-sangat..haha...mungkin kali ini CM muncul dengan cerita yang lebih panas kot..hehe...ala-ala mami jarum gitu...haha...mungkin CM akan membuat perubahan sedikit kepada blog CM ni terutamanya tentang isu-isu yang berlaku disekitar CM...hehe..
CM harapkan anda semua blogger-blogger  gembira membaca entry  yang CM sediakan nanti ya...hehe..ok la sebelum CM mengakhiri ayat-ayat CM yang tungang langang ni bak kata blogger "Anasayang" CM akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih dan CM mengharapkan anda semua memberi comment yang positif dan negatif untuk memperbaiki blog ini...sekian salam sayang buat semua...