Hai semua blogger-blogger yang disayangi dan dikasihi..hehe...hari ini CM nak cerita tentang satu isu yang tak kurang menariknya iaitu tentang isu masalah mencari pekerjaan dalam kalangan lepasan universiti yang suka memilih kerja..hehe... Tengahari tadi CM sempat la menonton drama yang bertajuk "GINCU AYAH" dalam cerita tu mengisahkan seorang kakak yang tak kisah bekerja sebagai penjual ikan dan sayur demi mencari duit yang halal tapi yang jadi masalahnya dalam cerita tu si adik pula malas nak bekerja al maklum la baru keluar dari universiti yang menganggap kerja jual ikan tu jijik....hhhhaaaa!!! kerja yang tak jijik bagi dia mungkin makan dan tidur dekat rumah kot..haha...baiklah CM berpendapat memang susah pada masa sekarang ini untuk mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan yang kita miliki tu mungkin dalam 10 orang mungkin 1 sahaja yang bertuah mendapat pekerjaan dengan setaraf kelulusan yang mereka ada tu bagi yang masih menganggur macam mana pula??? Adakah akan menanam anggur di rumah dengan bertemankan harapan supaya anda mendapat jawatan yang dipohonkan itu??? atau andakan meneruskan pelajaran diperingkat yang lebih tinggi??? keluar dari masalah pengganguran dengan memulakan langkah yang baru???adakah anda akan membuka perniagaan sendiri secara kecil - kecilan???
Biarkan semua teka-teki tu terjawab sendiri kerana kita mampu mengubahnya...ramai kawan-kawan CM yang mempunyai kelayakan yang tinggi kebanyakkan mereka sekarang masih bekerja sambilan di restoran-restoran mewah bagi menunggu surat tawaran kerja yang bilakah akan kunjung tiba... entah la sebab ramai sekarang ini yang pandai-pandai kebanyakkan semua yang ada sijil dari universiti...cuba kira berapa banyak universiti dekat malaysia ini tu ipta ja tak termasuk ipts..hhhhaaa...tau pun penat nak kira cuba anda kira pula berapa banyak orang yang dah tamat belajar dalam 1 tahun mesti ribu kalau campur semua ipta dengan ipts tu...habis tu jawatan yang yang ditawarkan tu 2 atau 3 jawatan kosong sahaja tu pun untuk mereka yang betul-betul layak sahaja dan tak termasuk yang ada orang dalam..hehe....jadi hampa duk tunggu apa lagi mulakan langkah buat benda yang memberikan faedah untuk masa depan anda semua...
Bagi pendapat CM walaupun kita mempunyai segulung diploma atau ijazah kita tidak seharusnya bangga kerana belum tentu lagi segulung diploma atau ijazah tu mampu menjaminkan pekerjaan yang hebat dimasa akan datang dan jangan sesekali merendahkan seseorang yang hanya ada kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia tapi mampu mengubah kehidupannya menjadi seorang yang terkaya dan ternama... Ini kerana mereka ini mampu berdekari dan bersusah payah dari bawah sehingga menunjuk kerjayaan yang cemerlang...
Berniaga adalah perkara yang memeningkan kepala tapi ia adalah satu cara untuk berjaya...jika kita tidak mampu untuk membuka perniagaan sendiri apa kata kita pergi mencari pengalaman dahulu sebagai contoh jika minat menjual pakaian bayi apa kata anda minta la kerja sementara di kiosk-kiosk bayi di pasaraya untuk mendapatkan pengalaman serta tahu sedikit selok-belok ragam pelanggan dari situ kita mula belajar untuk berniaga..
Jika tidak mampu untuk berniaga cuba la buat pekerjaan sambilan mungkin pendapatannya lebih lumayan dari makan gaji kerja sepenuh masa sebagai contoh jadi agen jual insurans, penulis buku,penulis blog, pembantu rumah, jurujual dan banyak lagi pekerjaan sambilan dekat malaysia ini yang memerlukan hikmat dan tenaga anda... ingat no YANG BULAT TAK DATANG BERGOLEK YANG NIPIS TAK DATANG MELAYANG NA...
** ini adalah pendapat CM tak ada kena mengena dengan siapa pun...sebarang copypaste tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran CM**
No comments:
Post a Comment