Sunday 10 June 2012

KU TEMU DAMAI DI BAITULLAH ( SIRI 1 )

Dengan Nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG segala puji-pujian dipanjatkan kehadirat ILAHI....saya bersyukur kerana telah dijemput untuk menjadi tetamu ALLAH buat kali pertama untuk mengerjakan ibadah ummrah di tanah suci mekkah dan madinah..Detik yang penuh bermakna buat diri saya pada tanggal 28/04/2012 kami sekeluarga berlepas dari lapangan terbang KLIA ke lapangan terbang JEDDAH penerbangan yang memakan masa kira-kira 8 jam menyebabkan hati dan perasaan terasa terharu,gembira,sedih dan bermacam-macam lagi kerana saya adalah seorang insan yang selalu melupakan PENCIPTANYA tetapi PENCIPTANYA tidak melupakan kepada hambaNYA dari situ saya merasakan bertapa hina dan kecilnya diri ini dimuka bumi ALLAH ini... Segala nikmat yang diberikan selama ini tidak pernah saya pedulikan.....ALLAH mengambulkan segala permintaan hambaNYA hanya cepat atau lambat tapi pasti ALLAH akan berikan juga..air mata mula mengalir keluar kerana mengenangkan kesalahan dimasa lampau betapa sombong dan bangganya saya melakukan kesalahan dan larangan yang ALLAH melarangnya....Walau sedetik pun mata tidak dapat pejam kerana tidak sabar untuk bertemu dengan kekasih ALLAH iaitu Rasulullah S.A.W. di masjidil nabawi...Kapal terbang SV825 arab saudi yang membawa kami sekeluarga dan jemaah ummrah selama mendarat dilapangan jeddah kaki mula melangkah untuk turun anak tangga pesawat jam di tangan menunjukan pukul 7.45malam dan azan isyak sedang berkumandang...hati mula memanjatkan syukur kehadirat ILAHI kerana memberi peluang sampai dibumi yang penuh sejarah dengan 1001 kisah para nabi-nabi dan perjuangan islam....saya mula menaiki bas untuk menunju ke Madinah hati mula terasa syahdu dan sayu untuk bertemu dengan kekasih ALLAH dan kekasih umat islam iaitu RASULULLAH S.A.W nabi yang kita cintai dan kasihi selama ini...dari JEDDAH ke MADINAH mengambil masa kira-kira 5jam untuk sampai ke MADINAH dari situ saya mula berfikir bagaimana RASULULLAH berhijrah dan berniaga hanya dengan menaiki unta YA ALLAH...hati mula merasa hiba mengenangkan nasib RASULULLAH S.A.W pada masa dahulu dengan keadaan padang pasir yang kering kontang...ALLAHUAKBAR..sepanjang perjalanan saya dihidangkan dengan pandurama malam di sungguh indah dan syahdu angin disepanjang perjalanan itu sungguh menyejukkan....tepat pukul 3.00pagi rombongan kami tiba dipintu masuk MADINAH mata mula terlihat satu cahaya yang amat terang dan seakan-akan ada kabus dikelilingnya itulah tempat berehat junjungan besar kita iaitu RASULULLAH S.A.W mulut mula memberi salam kepada RASULULLAH S.A.W. hati berasa gembira seolah-olah telah tercapai hasrat untuk bertemu dengan RASULULLAH S.A.W....Bas mula melintasi perkarangan masjidil nabawi mata saya tidak berkedip walau sekalipun kerana teruja dengan keindahan masjidil nabawi hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu...sampai dihotel para jemaah berehat dan tunggu untuk bersolat subuh dibilik masing-masing kerana keletihan tapi saya dan keluarga tidak lepaskan peluang untuk bersolat di masjidil nabawi...tepat pukul 4pagi kami sekeluarga yang bertemankan ibu,ayah,abang dan kakak saya mula melangkah ke masjidil nabawi yang terletak di belakang hotel kami menginap kira-kira 100meter...kaki saya laju melangkah kerana tidak sabar untuk bertemu dengan RASULULLAH S.A.W kerana selama ini hanya melihat artikel dan rencana tentang masjidil nabawi....kaki kanan mula langkah masuk ke perkarangan masjidil nabawi YA ALLAH tidak dapat digambarkan dengan kata-kata hanya ALLAH sahaja yang tahu....kaki mula menyusun langkah untuk bersolat subuh di dalam masjidil nabawi setelah selesai solat ayah membawa saya dan abang masuki makam RASULULLAH hati bertambah gembira bila dapat memberi salam kepada RASULULLAH S.A.W secara berdepan dengan makam baginda tetapi keadaan didalam makam yang terlalu ramai warga asing menyebabkan kawalan polis agak ketat tapi hati rasa ingin memasuki raudah dan bersolat diraudah....tidak mengapa masih ada masa lagi....sambung kisah kembara ummrah saya pada masa akan datang ok...jangan lupa follow tau...

2 comments:

Anasyg said...

syahdu min - ^^, best ko karang pengalaman kau

Unknown said...

anasyg aku citer semua pengalaman aku dekat sini tanpa ada tambah apa2 ok...semua citer ni semua yang betul...terima kasih anasyg sbb sudi singgah ke blog CM....thanks...:)