Friday 15 June 2012

KU TEMUI DAMAI DIBAITULLAH ( SIRI 3 )



Assalammualaikum!!! apakhabar??? sihat ke???Che Min doakan semua blogger2 sihat2 hendaknya dan sentiasa mendapat hidayah dari ALLAH...kepada blogger yang tak sihat tu perbanyakkan rehat dan jgn lupa makan ubat ya...Che Min doakan blogger yang sakit tu cepat2 sihat ya...biasalah sakit tu adalah satu kurniaan dari ILAHI agar kita mengingatiNYA setiap penyakit pasti ada ubatnya....dengan penyakit juga segala dosa2 kecil kita dapat diampunkan...Nasihat Che Min kepada blogger2 perbanyakkan minum air kosong ( air masak,air mineral )... Che Min ada 1 petua ini khusus kepada blogger yang sakit tekak ok caranya mudah sahaja anda amalkan makan buah tomato sebiji setiap hari pasti tekak yang sakit tadi akan ok...jika anda batuk dah cuba macam2 ubat juga tak jalan juga cuba cara ini insyaALLAH mujarab ambik seiris lemon dan perahkan keatas sudu kemudian minum air perahan tadi...tak percaya cuba la...ini petua yang paling mudah untuk diamalkan...hehe...percaya atau tidak Che Min pulang dari Ummrah Che Min batuk dan sakit tekak pergi klinik biasa dan hospital pakar tak jalan juga ubat yang diambil kemudian beli ubat batuk dekat farmasi juga sama dan cuba petua makan ais krim vanilla juga tak jalan akhir sekali dengan pertologan ALLAH Che Min cuba petua ini alhamdulillah baik dengan sekejap sahaja...baiklah Che Min malas nak cakap banyak2 nanti orang tak pula follow blog Che Min susah pula Che Min nanti..hehehe...jom la kita ikuti kisah kembara Che Min di Kota Madinah tu...jom la baca apa yang terjadi dekat Che Min yang comel tu...hehehe.....baca jangan tak baca.....


( SIRI 3 )

"Alhamdulillah dah hari kedua rupanya,penatnya malam tadi tidur sampai tak sedar...huhuhu"bisik Che Min didalam hati kecil ini. Che Min cepat-cepat bersiap untuk pergi menunaikan solat subuh di masjid. Dalam perjalanan ke MASJIDIL NABAWI hati terasa tersangat gembira kerana sekali lagi akan pergi berkunjung ke rumah kekasih ALLAH itu RASULULLAH S.A.W. Perasaan terasa seperti sudah jatuh cinta pada MASJIDIL NABAWI tapi cintaku kali ini lebih hebat lebih dahsyat dari cinta kepada kekasih hati kerana cintaku ini hanya kepada insan yang hebat insan yang tak pernahku lihat dengan mataku hanya mendengar dengan telinga dan hanya melihat namanya di dinding-dinding rumah,bangunan dan hanya melihat di buku-buku agama serta disebut di dalam al-quran. Segala pengorbanannya telah dicatat didalam sejarah islam.Namanya selalu disebut didalam selawat didalam solatku serta ALLAH dan para malaikat juga turut berselawat keatasnya. Hadis-hadisnya menjadi pengangan hidupku dan umat islam seluruh dunia serta kata-katanya benar. Beliau adalah RASULULLAH S.A.W YA ALLAH aku datang lagi untuk bertemu dengan kekasihMU YA ALLAH (didalam berbisik dalam perjalanan ke MASJIDIL NABAWI ) "Salam sejahtera ke atas engkau wahai junjungan yang mulia. Rasul yang penyayang dan pemurah yang telah dipilih oleh ALLAH menjadi kekasihNYA." Che Min melangkah masuk ke perkarangan masjid. Kaki kanan mula menyusun langkah untuk menaiki anak tangga masjid. Anak mata mula mencari air zam-zam yang berada ditepi tiang masjid Che Min pun berdoa sebelum meminum air zam-zam tersebut " Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Ya ALLAH sesungguhnya aku bermohon kepadaMU ilmu yang bermanfaat rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit..amin.. ". Kaki pula melangkah untuk mencari tempat untuk bersolat sunat dan solat subuh dan solat jenazah alhamdulillah dapat juga ruang untuk bersolat. Setelah bersolat Che Min sekali lagi mengatur langkah untuk pulang ke hotel dan untuk bersarapan pagi di hotel. Pagi ini Che Min bersarapan dengan menu yang Che Min pilih ialah nasi goreng,telur mata dan air oren serta air kosong.hehehe. Ada satu pengumuman " perhatian kepada jemaah ummrah bahrulmazi hari ini anda diminta berkumpul di lobi hotel pada pukul 9.00pagi kerana kita akan pergi melawat masjid qiblatain,kilang pencetakan al-quran dan ladang kurma serta bukit uhud.". Setelah selesai sarapan Che Min bergegas balik ke bilik sebab untuk melelapkan mata kerana masa pada waktu itu awal lagi baru pukul 7.00pagi...hehehe...memang terbaik la bilik hotel dekat sini sebab penyaman udara dia tersangat sejuk...hehehe..yang lain Che Min tak penting yang penting penyaman udara ada,bantal ada tilam ada,selimut ada dan tandas dia ok tu dah cukup..hehehe...

Jam berbunyi tanda waktu untuk bangun Che Min bangun tapi masih termenung dalam keadaan separuh sedar diatas katil dalam hati Che Min"malasnya nak pergi, tapi tak pergi rugi pula" Che Min pun bergegas siap untuk turun berkumpul di lobi hotel sebab Che Min ini jenis yang tak suka bagi orang tunggu Che Min. Sambil menunggu lif dari tingkatan 16 untuk turun ke tingkat 3 agak lama lagi Che Min sempat menyanyi sebuah lagu yang bertajuk cinta Madinah yang dipetik dari drama cinta Madinah "kembali kita berjauhan saling terpisah senyum tertahan rindu berbuah sayangmu merindang, jauh begini hati teruji cinta madinah dalam lembayu dalam terlarang dan tersinar yang agong tergambar cinta padamu nabi dibumi madinah menjadi saksi cinta madinah mekar berseri sinaran maya terik menatari dijurai dingin malam terlukis setiamu" emak Che Min "dah jatuh cinta ke dekat Madinah ni???" Che Min " boleh tak nak duk sini lama-lama sikit kalau boleh nak meninggal dekat sini " Che Min sambil tersenyum dan lif pun tiba. Sambil duduk di lobi untuk menunnggu bas datang untuk menjemput rombongan kami untuk pergi melawat ladang kurma,bukit uhud dan masjid qiblataian. Che Min terpandang ke arah kakak Che Min yang seronok sedang ambil gambar sana-sini.huhuhu...Che Min tanpa membuang waktu Che Min minta dia untuk ambil gambar Che Min untuk kenangan di bumi Madinah dan untuk tontonan kepada follower Che Min..hehehe...tibalah bas yang kami nantikan yang akan bawa kami ke destinasi pertama iaitu ke Masjid Qiblatain merupakan masjid yang mempunyai dua arah kiblat. 

“Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang mendongak ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haram (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan”. (al-Baqarah : 144)
Sewaktu Rasulullah SAW tiba di Madinah, Baginda SAW diarahkan menghadap ke arah Baitul Maqdis sebagai kiblat solat dan ramai di antara penduduk Madinah ketika itu ialah kalangan Yahudi yang sememangnya kiblat mereka ialah Baitul Maqdis.

Oleh itu, orang Yahudi sangat gembira dengan perbuatan Rasulullah SAW ini sedangkan baginda lebih suka berkiblatkan Baitullah. Rasulullah SAW sering berdoa dan memandang ke langit mengharapkan turunnya wahyu agar mengizinkannya bersama para sahabat berpaling ke Baitullah.

Ada riwayat mengatakan bahawa orang-orang Yahudi sentiasa mengejek Rasulullah SAW dengan berkata : “Muhammad menentang ajaran kita, tetapi solatnya mengikut kiblat kita”.Akhirnya, setelah 16 atau 17 bulan Rasulullah SAW menghadap ke arah Baitul Maqdis, barulah baginda mendapat perintah berkiblatkan Kaabah.Tentang saat-saat perubahan kiblat itu berlaku ketika Baginda SAW sedang melawat Kampung Bani Salamah. Ummu Bisr bin al-Barra’ bin Ma’rur telah menyediakan jamuan untuk rombongan Rasulullah SAW.

Apabila tiba waktu zuhur, baginda bersolat di masjid kampung tersebut. Ketika dalam rakaat kedua solat itulah, turun wahyu daripada Allah SWT memerintahkannya agar menukar arah kiblat dari Masjidil Aqsa ke arah Kaabah.

Baginda terus berpaling menghadap Kaabah dengan berpusing ke sudut 180 darjah dan menyambung baki solatnya. Dengan itulah, masjid ini mendapat namanya – Masjid Qiblatain bererti Masjid Dua Qiblat.
Masjid ini dengan perluasan dan pembesaran dilakukan kali terakhir pada tahun 1987 zaman pemerintahan Raja Fahd dengan kos membabitkan 54 juta Riyal. Sehingga hari ini, Masjid Qiblatain menjadi salah satu tumpuan pengunjung walaupun tidak mempunyai fadhilat khusus seperti Masjid Quba’.
Alhamdulillah telah sampai ke destinasi pertama iaitu masjid Qiblatain. Alhamdulillah Che Min dapat menunaikan solat sunat didalam masjid ini. Keunikan rekaan masjidnya sangat teruja Che Min melihatnya, sangat halus dan teliti hasil pembuataannya. Setelah selesai Che Min bergegas menaiki bas untuk ke destinasi seterusnya iaitu ke ladang kurma.hehe.

"WWWWoooowww!!! betul ke aku ada dkt ladang kurma..hehehe" Che Min rasa teruja seketika. Disitu juga disediakan pasar raya mini untuk membeli kurma,kismis,coklat dan lain-lain jenis makanan berasaskan buah-buahan. Disini sahaja Che Min beli tak ingat dunia..huhuhu. Setelah selesai membeli dan didalam bas keluarga kami sahaja yang paling banyak membeli..hehehe... maklumlah kami berpegang pada perpatah " alah membeli menang memakai " " gedang gedut tali kecapi keyang perut tetamu senang hati"..hehehe...

Untuk destinasi ketiganya kami di bawa ke bukit uhud merupakan salah satu sejarah islam yang telah tercatat mengenai kisahnya.Setelah kekalahan musyrikin Makkah dalam Perang Badar, mereka merancang untuk membalas dendam dalam pertempuran berikutnya. Mereka menyediakan ketubuhkan tentera yang besar. 3000 tentera, 3000 ekor unta, 200 ekor kuda dan 700 perisai pertahanan.

Pada asalnya, pasukan ketenteraan Islam bermula dengan 1000 tentera, 2 ekor unta dan 100 perisai pertahanan. Namun kemudiannya berkurangan kepada 700 orang sahaja apabila 300 orang yang terdiri daripada Yahudi dan munafik yang menjadi musuh dalam selimut menarik diri daripada kumpulan Islam.
Tentera Islam berkhemah di antara dua bukit. Bukit Uhud di belakang mereka, Bukit Rumah di sebelah kiri sementara Kota Madinah di hadapan mereka.

Rasullullah SAW keluar dari Kota Madinah selepas solat Jumaat di Masjid Nabawi.

PERTEMPURAN PERTAMA : KEMENANGAN
Pada hari sabtu, berlakunya pertempuran pertama di sebelah barat Bukit Uhud. Di sini tentera muslimin telah menunjukkan keberanian yang luar biasa sehingga mengalahkan tentera musyrikin yang lebih ramai jumlahnya.
Mereka berjaya mengawal keadaan dan mengejar tentera musyrikin keluar tidak jauh dari situ dan kembali semula ke kawasan perkhemahan mereka.

PERTEMPURAN KEDUA : KESILAPAN & KEKALAHAN
Apabila para pemanah melihat tentera musyrikin kalah dan lari meninggalkan medan, sebahagian tentera pemanah telah turun untuk mengumpul harta yang ditinggalkan musuh. Yang tinggal hanya Abdullah bin Jubair AS bersama 10 tentera yang lain.
Inilah kesilapan besar yang membawa kepada kekalahan mereka.Dalam pada itu, Khalid bin al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal yang merupakan pemimpin tentera berkuda Quraisy telah mengambil kesempatan untuk menyerang tentera pemanah Islam dari belakang. Mereka telah berjaya menggempur tentera Islam dengan membunuh kesemua baki pemanah di situ seorang demi seorang. Mereka juga sempat memanggil semula tentera yang telah berundur dan mengepung tentera Islam dari segenap penjuru. Dalam keadaan genting, tentera musyrikin mengambil peluang menujukan serangan ke atas Rasulullah SAW.Rasulullah SAW bertempur dengan berani dan memanah sehingga patah busur panahnya. Baginda mengalami kecederaan di kepala dan muka, di samping gigi depannya patah dan bibirnya luka. Darah membasahi wajah dan mengaburi pandangannya menyebabkan baginda terjatuh ke dalam lubang lalu rebah dan luka di lututnya.

Orang Ansar yang cuba melindungi dan membentengi baginda gugur satu demi satu. Seramai 11 orang telah gugur syahid, namun tidak menggoncangkan semangat dan fikiran baginda.Baginda berteriak memanggil tentera Islam supaya datang kepadanya. Mereka baru menyedari bahawa Rasulullah SAW masih hidup yang sebelum ini disangkakan sudah terbunuh. Mereka melingkungi baginda seperti tembok yang teguh yang kukuh.Baginda mengarahkan mereka berundur sehingga sampai ke tempat yang tinggi iaitu di atas Bukit Uhud. Di sini, tentera Islam bukan sahaja boleh mempertahankan diri daripada serangan musuh bahkan mampu memaksa mereka berundur.Tentera musyrikin merasa marah dan kecewa kerana tidak dapat mengalahkan tentera Islam, dan mereka mula memotong dan merosakkan mayat para syuhada’ sambil berundur pulang ke Makkah.Sebelum bermulanya pertempuran, Rasulullah SAW mengarahkan supaya 50 orang pemanah mengambil tempat di puncak bukit ini untuk melindungi bahagian belakang tentera Islam. Abdullah bin Jubair al-Ansori dilantik sebagai ketua.

Rasulullah SAW mengeluarkan arahan : “Jika kamu melihat kami beroleh kemenangan jangan kamu sekali-kali turun kepada kami. Jika kamu melihat kami dibunuh sekalipun, jangan cuba turun untuk menolong kami. Jangan tinggalkan tempat kamu itu sekalipun kamu melihat tentera Islam dipatuk oleh burung-burung”.

Saidina Hamzah merupakan seorang ahli sukan, pakar memanah dan pakar menunggang kuda. Kerana karismanya, beliau begitu dihormati di kota Makkah termasuk salah seorang kawan rapatnya yang juga saudaranya Abu Jahal. Dia juga dikenali sebagai Asadullah atau Singa Allah kerana keberaniannya.Hamzah terlibat dalam dua peperangan iaitu Perang Badar dan Perang Uhud. Ketika peperangan di Badar, Hamzah berjaya membunuh dua orang bangsawan Quraisy. Salah seorang daripadanya bapa kepada Hendon, isteri Abu Sufian.

Pada waktu peperangan di Uhud, Hamzah terkorban syahid akibat rejaman lembing yang dilemparkan oleh Wahsyi, seorang hamba berkulit hitam. Wahsyi telah diupah oleh Hendon untuk mebunuh Saidina Hamzah demi membalas dendam atas kematian ayahnya dalam Peperangan Badar. Dadanya telah dirobek oleh Hendon lalu hatinya dikunyah. Namun Hendon tidak dapat menelan hati Saidina Hamzah.

Dari hujung hingga akhir bukit uhud ini Che Min melihat tanda kebesaran ALLAH. Subahannaallah. Tanpa ada sehelai daun atau sebatang pohon pun dikeliling bukit uhud itu tapi bukitnya sangat cantik dan unik. Disekitar kawasan tanah lapang dibukit uhud ini terdapat para perniaga disekitarnya berniaga kebanyakan kaum wanita yang mendalami kawasan bukit uhud itu sendiri.

Setelah selesai melawat bukit uhud Che Min dan rombongan kami pula berangkat ke destinasi seterusnya  merupakan destinasi yang terakhir iaitu ke tempat pencetakan al-quran. Disini kaum wanita tidak dibenarkan masuk hanya kaum lelaki sahaja yang dibenarkan masuk. Disini Che Min dapat melihat mereka mencetak al-quran dan menjilid al-quran. Prosesnya lebih kurang sama seperti pencetakkan surat khabar. Sebelum berangkat pulang pihak kilang bermurah hati kerana telah menghadiahka senaskah al-quran kepada setiap pengunjung yang datang di kilang tersebut. Setelah selesai kami pun berangkat pulang ke hotel dan setelah sampai kami semua jemmah balik bilik masing-masing untuk bersiap untuk ke MASJIDIL NABAWI dan melakukan aktiviti seperti biasa iaitu menunaikan solat di MASJIDIL NABAWI sahaja setiap kali masuk waktu solat. 

Inilah kisah kembara Che Min pada hari kedua di Kota Madinah ini untuk mengetahui kisah Che Min pada hari seterusnya jangan lupa follow blog Che Min dimasa akan datang ok...sayang kepada blogger2 semua..

Sekian,

Assalammualaikum:)


Pesanan Che Min perbanyakan selawat kepada Rasulullah pada setiap hari,setiap waktu,setiap saat dan setiap detik kerana "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu." (al-Ahzab:56)

                                            
                                             Kereta baru CM di Kota Madinah :)


                                         Beratur untuk memasuki kilang mencetak al-quran


                                                  CM dengan Emak Cm di Bukit Uhud


                                Tempat bersemadinya Saidina Hamzah disini di Bukit Uhud


                                                         Di pasar mini di ladang kurma


                                                                  Masjid Qiblatain







1 comment:

Anasyg said...

wah2 ta menahan dengan kereta baru - kurma2 segale - kisah yg best- syabas min- cume satu nak tnya ... trademark ORIGINAL BY CM tu, mcm pernah ku lihat,tp di mana ya... hmmm- PENIRU ! huh, sudahlah ko min.