Sunday 17 June 2012

KU TEMUI DAMAI DIBAITULLAH ( SIRI 4 )

Assalammualaikum!!! Apakhabar semua blogger diluar sana??? Sihat ke??? CM harap-harap semua blogger sihat-sihat la hendaknya dan sentiasa mendapat taufiq serta hidayah dari ALLAH S.W.T dan sentiasa mendapat petunjuk dari-NYA..amin... CM ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada ayah CM iaitu Tuan Haji Mohamad Tajuddin dan Selamat Hari Bapa juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang bergelar bapa. CM hari ini CM dah tak sabar nak kongsi cerita hari ke empat CM berada di Kota Madinah ini...hehehe...ok jom kita dengar kisah CM kali ini..nak ke tidak??? nak ke tidak???hehehe...ok la CM dah malas nak cakap banyak jom la baca kisah kembara CM kali ini...hehehe...

( SIRI 4 )

Alhamdulillah dah hari keempat CM berada disini tapi hari ini walaupun diraut wajah CM gembira tapi jauh disudut hati CM ada satu perasaan sedih dan sayu kerana hari ini adalah hari terakhir berada disini sebelum berangkat ke tanah suci Kota Mekkah pada esok harinya. Hari ini sudah 1MEI 2012 walaupun masa disini lewat dari Malaysia tapi hati ini tetap sedih dan sayu hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan ini. CM mula tinggalkan perasaan tersebut dikamar hotel kerana CM tak sanggup membawanya bersama ke MASJIDIL NABAWI. Alhamdulillah pagi ini CM diberikan kesempatan untuk bersolat di MASJIDIL NABAWI sekali lagi dengan izin ALLAH S.W.T. alhamdulillah.. Biasalah pagi ini CM dan keluarga akan sama-sama berjalan ke MASJIDIL NABAWI untuk sama-sama mengerjakan fardhu solat subuh dan solat sunat-sunat serta membaca al-quran perkara ini akan dilakukan pada setiap hari dan waktu CM berada disana. Sesiapa yang bersolat di MASJIDIL NABAWI ALLAH akan memberikan ganjaran yang berlipat kali ganda kepadanya seperti hadis RASULULLAH S.A.W :

Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram.

Selalunya kami sekeluarga akan pergi bersama-sama dan pulang asing-asing kerana ruang solat untuk jemaah lelaki dan jemaah wanita berada berasingan. Setelah selesai solat CM dan abang CM pun pulang dahulu ke hotel dalam perjalanan ke hotel CM telah didatangi dengan perasaan yang CM tinggalkan di kamar hotel tadi telah kunjung tiba di hati CM. Berat kaki untuk melangkah pulang  tapi hati memujuk perasaan untuk pulang ke hotel kerana masih ada lagi solat fardhu untuk hari ini dan esok untuk bersolat di MASJIDIL NABAWI dan bertemu dengan RASULULLAH S.A.W. Pagi ini CM rasa sedih sangat tak tahu kenapa mungkin rindu sangat kepada RASULULLAH S.A.W dan mungkin naluri serta sanubari CM dah serasi dengan tempat ini kerana penduduk disini sangat ramah dan baik seronok sangat CM disini. Setelah selesai sarapan CM pulang ke kamar setibanya dikamar CM mula mengemas barang-barang CM untuk berangkat ke Mekkah pada esok harinya untuk menunaikan niat dan janji CM kepada ALLAH iaitu menunaikan ibadah ummrah tapi hati CM berat untuk meninggalkan Kota Madinah ini.Semua barang CM telah selamat berada didalam beg bagasi tersebut dan hanya sehelai jubah untuk solat dan untuk ziarah RASULULLAH pada esok harinya sahaja yang berada di atas katil ini dan sepasang kain ihram. 

Jam menunjukkan tepat pukul pukul 12.00 tengahari CM terpaksa bersiap-siap untuk solat zohor di MASJIDIL NABAWI. Alhamdulillah CM dapat kali ini CM dapat bersolat di disebelah RAUDAH walaupun bukan didalam RAUDAH. Setelah selesai solat macam biasa la CM pulang ke hotel dan menjamu selera dengan menu yang disediakan oleh pihak pengurusan hotel. Menu tengahari ini adalah nasi putih,ikan goreng,daging kibas pangang,sambal belacan, sayur campur, tampe masak sambal tumis, pecal dan air teh o,air oren,air milo dan air kosong. Semua makan ini dimasak oleh tukang masak indonesia. Sambil rancak menjamu selera ada satu pengumuman yang minta semua jemaah Bahrulmazi selepas solat asar sila berkumpul di sini untuk mendengar taklimat tentang persiapan sebelum ke Kota Mekkah esok harinya. Setelah selesai makan CM pun pulang ke bilik dan merehatkan diri sebelum menunggu waktu solat asar pada pukul 3.30 tengahari nanti. 

Tepat pukul 3.00tengahari CM pun bersiap-siap untuk pergi ke masjid. Kali ini CM membawa kamera untuk merakam detik-detik terakhir CM di MASJIDIL NABAWI di waktu petangnya. Setelah selesai solat CM pun berasa ingin mengambil gambar Makam RASULULLAH S.A.W CM pun masuklah dengan abang serta ayah CM dalam keadaan orang yang bersesak-sesak itu sambil berjaga-jaga supaya tidak berpecah dengan abang dan ayah CM tiba-tiba dalam keadaan tidak diduga dan dengan izin ALLAH jua kami 3beranak terpisah juga. CM tidak dapat mencari abang dan ayah CM kerana ditutupi dengan ribuan orang turki,arab dan lain-lain lagi manusia yang mempunyai ketinggian yang lebih tinggi dari rakyat Malaysia. CM hanya bertawakal sahaja kepada ALLAH S.W.T untuk dipermudahkan arah perjalanan CM untuk pulang ke hotel nanti. CM setelah CM ambil gambar di sekitar Makam CM pun menuju pulang ke hotel tiba-tiba adalah seorang hamba ALLAH rakyat new switzerland ini dalam sekitar 30an lebih kurang macam tu la bertanya pada CM CM berasal dari mana CM pun jawab la berasal dari Malaysia orang N.W tu tak percaya disebabkan kulit dan muka CM macam cina orang N.W tu bagitahu dekat CM sambil dia senyum. CM dengan bangganya menunjukkan pas pelawat CM yang tertera tulisan MALAYSIA. terus dia tanpa segan dan silunya pergi meninggalkan CM.hehe...

Dengan bangganya pulang ke hotel dengan melalui pintu 16 dan dihadapan pintu dipenuhi dengan ribuan manusia yang sedang membeli-belah pakaian,makanan dan lain-lain lagi. Dalam keadaan yang petang yang panas itu CM telah tersalah keluar kerana melalui pintu 16 sepatutnya CM keluar pintu 15.hehe.nasib baik CM perasan. Dekat MASJIDIL NABAWI ini terdapat banyak pintu untuk keluar jika tersalah keluar maka anda diakan jumpa jalan yang pulang. Keluasan MASJIDIL NABAWI ialah 93,000 meter persegi. dan dlengkapi pula dengan dataran solat berjubin serta kemudahan tandas, bilik mandi dan tempat wuduk menjadikan luas keseluruhannya sekitar 400,327 meter persegi. Alhamdulillah jumpa sudah pintu 15 sekarang CM nak pulang untuk mendengar taklimat untuk hari esok. Tepat pukul 5.00petang sampai di dewan makan hotel dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh ustaz helmi. 

Setelah selesai sahaja taklimat CM sekali lagi bergegas ke MASJIDIL NABAWI untuk solat maghrib di masjid dan menunggu solat isyak sekali disana. Inilah sedikit bingkisan kisah kembara ummrah CM di Kota Madinah ini. 

Setakat ini sahaja kisah CM untuk hari ini tapi jangan lupa ikuti kisah CM dimasa akan datang ok...:)

Sekian, 

Terima Kasih,

Wasalam.






No comments: