Monday 11 June 2012

KU TEMUI DAMAI DIBAITULLAH ( SIRI 2 )

Dengan Kalimah Bismillahhirahmannirahim hari ini Che Min nak sambung kisah kembara Che Min sewaktu mengerjakan Ummrah pada bulan lalu...apa kisahnya??? nak tau ke tak??? hehehehe...baiklah jom kita sambung kisah kembara Che Min....:)

( SIRI 2 )
Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahui perasaan Che Min kerana dapat menunaikan solat sunat dan solat subuh di MASJIDIL NABAWI...alhamdulillah..setelah selesai solat tiba-tiba kedengaran suara yang sangat gerun dan seperti ingin bergaduh dan bunyi ribuan manusia berlari Che Min rasa takut dan terdiam seketika..hati tertanya-tanya kenapa???? Che Min tanya kepada ayah Che Min kenapa ni??? ayah Che Min beritahu ada orang meninggal dunia...ooo!!! ingatkan ada apa tadi...fffuuuhhhh!!takut la juga...rupanya orang arab kalau ada jenazah sampai sahaja mereka akan sambut dengan keadaan secara berlari-lari anak dengan membawa jenazah tersebut . Setelah selesai solat jenazah Che Min dan ayah serta abang  pun beredar dan menuju ke Makam RASULULLAH S.A.W hanya ALLAH S.W.T sahaja yang tahu perasaan Che Min sewaktu itu kerana dengan secara tiba-tiba perasaan hiba,sedih dan perasaan rindu yang sangat mendalam tiba-tiba datang satu perasaan meruntun kalbu Che Min Ya ALLAH...dengan tidak disedari air mata mengalir keluar dari kelompak mata ini....YA ALLAH aku tidak terdaya YA ALLAH untuk melihat Makam kekasihMU YA ALLAH tapi Che Min gagahkan perasaan Che Min untuk melihat Makam RASULULLAH S.A.W tapi perasaan yang tadi masih ada didalam hati Che Min sekali lagi air mata yang ibarat mutiara ini mengalir berdarai menghempas bumi MADINAH itu kerana dihadapan mata Che Min merupakan tempat bersemadinya Kekasih ALLAH S.W.T dan Seorang insan yang sempurna dan yang akan memberikan syafat kepada umatnya iaitu RASULULLAH S.A.W YA ALLAH dengan izinMU aku dapat sampai ke sini YA ALLAH....Che Min ketika itu tak dapat nak gambarkan perasaan Che Min kerana perasaan sewaktu itu tersangat-sangat sedih dan sebak sebab perasaan ini tak dapat disembunyikan lagi hanya ALLAH sahaja yang mengetahui. Dihadapan makam iaitu bertentangan dengan makam terdapat tiang yang menghadap ke Makam RASULULLAH S.A.W. dan para sahabat nabi jadi Che Min berdiri ditepi tiang tersebut bagi mengelakkan orang tolak jadi dekat situ Che Min dapat memberi salam kepada RASULULLAH S.A.W dan SAIDINA ABU BAKAR AL-SIDDIQ serta SAIDINA UMAR AL-KHATTAB. Alhamdulillah Che Min juga telah sampaikan salam kepada RASULULLAH S.A.W bagi kawan-kawan Che Min yang berminta Che Min sampaikan kepada RASULULLAH S.A.W. setelah selesai kita diwajibkan berselawat kepada RASULULLAH sebanyak 60kali pada saat ini minda Che Min kosong,lidah kelu dan air mata masih mengalir keluar Che Min nak berselawat tapi lidah kaku untuk berbicara YA ALLAH kenapa tiba-tiba tak ingat langsung permulaan selawat tu...YA ALLAH..hati kecil berbicara " YA RASULULLAH aku tak tahu nak berselawat macam mana kepadamu YA RASULULLAH lidahku kelu,fikirku kosong" dengan secara tiba-tiba ada satu hamba ALLAH datang seperti kilat berbisik ditelinga kanan Che Min iaitu dia ajar Che Min selawat tanpa ragu dan tanpa pandang ke belakang Che Min terus la berselawat dah selesai tiba-tiba Che Min baru perasan siapa yang berbisik ke telinga Che Min tadi??? YA ALLAH.....dalam hati Che Min cakap biar la....setelah itu Che Min selesai berselawat Che Min dan ayah serta abang pulang ke hotel bersama emak dan kakak Che Min tetapi sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari MASJIDIL NABAWI Che Min teruja kerana terdapat penduduk MADINAH berniaga di kaki lima jalan sehingga la sampai ke hotel Che Min menginap macam-macam mereka jual semuanya dilonggok di atas jalan sahaja yang hanya beralaskan kain semata-mata dengan jeritan suara mereka " Haji Hajjah mari lihat murah-murah " Che Min dah rasa macam berada di Malaysia kerana orang arab pun boleh cakap bahasa melayu "MALAYSIA BOLEH "hehe.... setiba di hotel  kami sekeluarga pun bersarapanlah dengan jemaah yang lain diruang makan hotel yang disediakan oleh pihak BAHRULMAZI agensi yang menganjurkan pakej ummrah tersebut. Makanan yang disajikan sangat sedap iaitu nasi lemak,roti,jem strawberi,jem kaya,bihun goreng,jus oren dan minuman panas. Setelah selesai sarapan Che Min pulang ke bilik masing-masing dan berehat seketika untuk menunggu program pada pukul 9.00 pagi nanti kerana ada 4jam lagi untuk menunggu program tersebut jadi peluang tersebut Che Min dan keluarga ambilnya sebagai waktu untuk berehat seketika..hehehe...

Jam di telefon Che Min dan Ayah berbunyi kerana telah tepat pada pukul 8.30pagi kerana pukul 9.00pagi kami semua pergi berkumpul di lobi hotel untuk meneruskan program seterusnya. Che Min pun bersiap-siap dan bergegas turun ke lobi hotel. Di situ mutawif atau ustaz yang lebih selesa dipanggil dengan nama Ustaz Helmi itu yang akan membawa kami dan semua para jemmaah ummrah untuk pergi melawat ke Makam RASULULLAH S.A.W.  Rombongan kami pun bertolak untuk ke MASJIDIL NABAWI dengan berjalan kaki secara beramai-ramai lebih kurang 5minit dari hotel ke MASJIDIL NABAWI. Setibanya disana mutawif berhenti betul-betul di hadapan kubah yang berwarna hijau yang terdapat diatasnya seorang kaum yahudi yang telah disabar petir akibat ingin mencuri jasad RASULULLAH S.A.W telah melekat pada khubah tersebut. Setibanya di situ mutawif tersebut telah memberi sedikit penerangan mengenai kisah RASULULLAH dan di MASJIDIL NABAWI juga adalah salah satu tempat yang dimakbulkan doa situ. Kami semua diminta untuk berdoa dan ketika berdoa haruslah menghadap kiblat. Che Min  dan rombongan mengangkat tangan dan berdoa dengan hasrat dan minta pertolongan dari ILAHI dan dengan syafat RASULULLAH S.A.W. Sekali lagi Che Min mengalirkan air mata kerana seorang hamba yang kerdil dan hina ini ingin meminta pertolongan PENCIPTANYA Che Min merasakan kerdil disisi ALLAH S..W.T air mata mula membasahi pipi,kaki mula menjadi lemah kerana siapa la Che Min di sisi ALLAH tetapi didalam hati tetap berdoa dan niat agar ALLAH S.W.T memakbulkannya...Amin....setelah selesai berdoa kami dipecahkan kepada 2bahagian kerana rombongan jemaah lelaki akan masuk melawat makam dan rombongan jemaah wanita akan pergi melawat Baqi iaitu tempat bersemadinya puteri kesayangan RASULULLAH iaitu Fatimah. Baqi hanya bersebelahnya dengan MASJIDIL NABAWI. Rombongan jemaah lelaki pun bergerak pergi memasuki dalam makam tetapi Che Min dan ayah serta abang berpecah dengan rombongan tersebut kerana ingin memasuki ruang RAUDHAH. Che Min dapat memasuki raudhah SUBAHANNALLAH suasana raudhah yang begitu sejuk dan baunya yang tersangat wangi serta cahaya diraudhah seakan-akan ada kabus di dalam raudhah dan sekeliling orang yang besolat di raudhah...
Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjidil Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda ia juga merupakan taman syurga.

“Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”

Kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah SAW dan Sayyidatina Aisyah R.A dengan mimbarnya. Panjangnya ialah 26 meter jika diukur dari timur bermula dari rumah tersebut hingga ke mimbar di sebelah baratnya.

Tetapi sekarang hanya tinggal 22 meter kerana telah disekat dengan pagar makam. Lebarnya pula 15 meter bermula dari Mihrab Rasulullah SAW di sebelah selatan hingga ke akhir rumah tersebut di sebelah utara mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’.

Sebagai tanda, tempat ini dihampari dengan karpet berwarna putih hijau.

Alhamdulillah Che Min dapat sujud di raudhah syukur sangat-sangat walaupun orang bersesak untuk solat tapi syukur ALLAH memberikan kesempatan dan ruang kepada Che Min untuk sujud kepadanya diraudhah...ALHAMDULILLAH...... setelah selesai solat sunat diraudhah sekali lagi Che Min lalu di makam RASULULLAH kali ini betul hanya sejengkal dengan makam RASULULLAH Che Min terhenti seketika di depan pintu makam YA ALLAH betulkahaku sekarang berada di depan makam RASULULLAH S.A.W. Che Min seolah-olah macam bermimpi dan tiba-tiba polis mengarahkan Che Min keluar kerana menghalang lalu lintas orang untuk keluar. Che Min berasa begitu gembira sangat walaupun hanya melihat pintu pagar emas  dihadapan makam sahaja syukur sangat-sangat YA ALLAH. Che Min keluar untuk pulang ke hotel tapi sebelum keluar dari masjidil nabawi Che Min sempat juga minum air zam zam dahulu sebelum pulang ke hotel. Setiap kali masuk waktu solat kedai-kedai akan ditutup untuk menunaikan solat dan dibuka selepas solat semula. Selepas solat asar Che Min sempat juga menjamu mata di kedai sekitar MASJIDIL NABAWI  dan ada la sehelai 2 pakaian yang Che Min beli..hehehe..dan pulang ke hotel untuk bersiap ke masjid untuk solat maghrib dan isyak pula.

Setelah selesai solat isyak Che Min dan abang Che Min sempat pergi menjamu selera di restoran makanan arab di hadapan hilton hotel ramai juga yang menjamu selera disitu. Che Min pun tak lepaskan peluang..hehehe...Che Min dan abang tempah nasi arab dengan ayam pangang dan salad serta minuman air oren dan air mineral..WWOOOOOOwwww!!! terkejut Che Min ayam pangang dia untuk seorang makan boleh makan 3 orang lagi punya la besar.....hehe...abang Che Min cakap kalau tau beli nasi satu ja pun dah cukup pastu boleh kongsi sebab nasi arab dia banyak...aduhai Che Min perut orang Malaysia bukan perut  orang ARAB SAUDI....hehehe...Nampaknya jam pun dah pukul 11.30malam jadi Che Min dan abang pun pulang untuk berehat dan akan meneruskan kembara di KOTA MADINAH ini untuk hari kedua pada esok harinya jadi apa yang berlaku dan apa yang terjadi pada Che Min dan rombongan KU TEMUI DAMAI DIBAITULLAH ini...hehehehe....nak tahu cerita selanjutnya kena la tunggu ok...hehehe...ok setakat ini dulu kisah kembara ummrah Che Min....ASSALAMMUALAIKUM!!!!! SALAM 1 MALAYSIA!!!

**OOOPPPSSS!!! LUPA NAK TANYA ANDA DAH DAFTAR MENGUNDI BELUM??? KALAU BELUM CEPAT PERGI DAFTAR OK!!! UNDI ANDA AMAT BERMAKNA BUAT NEGARA....

SELAMAT MALAM..

SEKIAN :)


                                                           
                                                       BARU BALIK MEMBELI-BELAH
                                       
                                    PINTU KELUAR DARI MAKAM RASULULLAH S.A.W

                                        ORANG RAMAI KELUAR DARI MELAWAT MAKAM

                                           Che Min & Abang balik dari MASJIDIL NABAWI

2 comments:

Anasyg said...

terase nk pergi je ... alhamdulillah min

Unknown said...

bagus kalau ade duit pergi masa muda sbb dkt sana kita kena perlukan tenaga yg bnyk utk buat amal ibadat...CM pun rasa mcm nk pergi tiap2 ari je..hehehe..tiap yg paling best yg pernah CM pergi....tak buat luahkan dgn kata2 xblh nk gmbrkan dgn perasaan sape yg pernah pergi tahu la..hehehe